Thursday, February 23, 2012

Bosan & Serabut tentang DUIT

Muka bosan -,-

Okay, otak aku dah jam tatau nak piki idea apa untuk ditulis. Dan aku sedang serabut kepala pasal sekolah, sebab tahun nie tahun 2012 banyak sangat guna duit. Dan aku, tak sampai hati nak minta duit dekat mak aku. Sebab aku kesian. Cikgu nie, agak agak la kalau nak minta duit pon, piki la sama pasal orang miskin. Aku yang hidup sederhana yang ada juga ' Duit ' nie pon boleh terasa perasaan orang susah diluar sana.

Cuba anda semua bayangkan kalau keluarga orang susah tu ada 4 orang masih bersekolah, tak ke rasa satu beban bagi ibu bapa mereka? Piki habis habisan. Yes, memang  Kerajaan tanggung semua yuran tapi tak semestinya dah cukup mampu menampung semua pembelanjaan orang yang memerlukan? Tadi aku calculate semua duit yang perlu dibayar, ohmaii. Semuanya RM110. O.O

Aku kesian dekat mak aku sampaikan aku sanggup tangguh dulu nak bayar semua tu. Duit PIBG tak bayar lagi, duit Kelab & dll. Hmm, Azie pon tiap-tiap hari dikatakan minta duit dekat Ibu dia sampaikan dia kena marah. Menurut sumber Farhana la, haha.

P/S :
 Mak, adik minta maaf sebab tahun nie banyak sangat minta duit dekat mak. Dah la mak habiskan duit beli moto dekat adik, nie kena tanggung adik belajar plak. Adik tak sampai hati nak minta duit dekat mak, adik takot mak tada duit untuk benda lain. :'(

No comments:

Post a Comment