Monday, January 9, 2012

RM 5

Hai semua,
Assalamualikum.

Okay. tajuk dia RM 5. tau sebab apa? sebab, aku call ex mak mentua & Diva Cheras. hahaha. saya call semua nie untuk hilangkan bosan saya time goyang kaki. actually tada kedit, then pegi 7e. sat, hangpa tau dak 7e tu apa? kot la hangpa kuno sangat sampai tak tau singkatan tu. okay, 7e nie 7Eleven yang kedai 24 jam tu. dah tau? ha, cakap terima kasih cepat sebab aku bagi ilmu at hang. hahaha. gurau. pegi 7e then beli topup. ada mamat ensem laaaa. haha. orangnya hitam manis. hehe. saya nie suka tengok orang yang berkulit hitam manis, cantik sangat. kalau bagi perempuan la. kalau bagi lelaki, ensem sangat. wiwit! hahaha. okay, dah habis beli terus balik umoh.

Sampai ja at umoh, terus pakai topup tu. kite tak keye macam you'ol ye. kite topup RM 5 je. mengarut mengarut! tampaq pala baqu tau. okay. lepas ja guna topup tu, nak tau tak sapa yang saya call? haaa, ofcos la Cik Diva Shena Rofizal kita nie, 

Cik Diva Shena Rofizal

Ha, diva kan? hangpa boleh ka buat diva hangpa macam dia? kalau dah tak leh, tak yah dok pulon buat la. hahaha. okay shena nie saya kenal tak sampai setahun. kami kenal dalam lepas raya haji kot, alamak dah lupa la. maaf ye cik diva? hehehe. dia nie lembut orangnya. tapi tadikan, kami otp. sat, hangpa tau dak otp tu apa? kot la hangpa kuno jakun ka apa ka sampai tatau otp tu apa. okays, otp tu on the phone. haha. lupakan. time tengah otp dengan dia, mak ai. suara dia, bak buluh perindu. sodap kemain. suara dia ada iras iras suara bapak orang yang tengah chill minum kopi. hahaha. tak la weh, dia sakit tekak. suara tado. sebab tu suara dia kucar kacir, dari perempuan terus menjadi suara bapak orang. haha. background music kami time otp tadi, nice. dengar music adik adik dia bertukang & histeria. haha. ouh lupa. tadi saya cakap dengan adik dia tau, coomel je. nama Irfan kot, tak silap la. dengar macam fan fan at belakang. suara dia comel sangat. dia umor 5 tahun je. muda lagi. tak macam kita nie, dah 17 tahun. makin tahun, makin bertukar number tahun saya. haha. okay, balik kepada shena & me. kami sembang biasa biasa saja. tadak yang special. kami cakap kejap je, sebab dia nak pegi kedai. tak tau la nak beli barang ke apa kan? Allah saja yang tahu. ewah ayat, -,- apa apa pon aku seronok dapat cakap dengan Diva nie. kelaaas weh! haha. kami siap kongsi kongsi tips bagaimana nak kukuhkan rumah tangga lagi. haha.

Then, saya call ex mentua. ehem. batok pulak. saya panggil dia Mama je. comel kan? haha. tak silap nama mama, Rusilah. tak silap la. tapi saya yakin. macam mana tu? mama Rusilah ku,

Mama Rusilah
* dia pon Diva tau, tengok rantai dia

Maaamaaaa! comel kan, kan? apa, tak comel? punya pasai hang la. ada aku kesah? werk, blah ar weh. pi mampoih ar. hahaha. biaso lah, bahasa Kedah nie memang macam ini sikit. kasar. okay. Mama, mama, mama. tadi saya call dia nie bukan sebab apa. sebab luahkan perasaan yang membuak buak ibarat gunung berapi nak muntahkan lava. sambil luah tu, sambil nagis. maklom orang cakap, perempuan hati lembut. aiceh, bangga lettew. haha. best cakap dengan mama nie. setiap kali kita nak cakap dengan dia, dia mesti potong line kita nak cakap. baru nak sebut, 'ma' dia terus cakap, kau nie bla bla bal. hahaha. ya, itulah manusia. semua manusia kan tak sempurna? perangai pon tak sama. yang sama pon, cuma kalau kita ikot mak & abah kita. seperti chromosome ada 46, sebahagian daripada ibu dan sebahagian lagi daripada bapa. see? perangai kita akan ikut setengah daripada mak, dan setengah lagi daripada bapa. hamboi, science la kite. haha. lupakan. Mama, tadi dia ada bagi nasihat at aku yang dia suruh aku belajar betol betol, bagi masuk U. then, kahwin dapat anak. haha. anak? anak tu rezeki Allah. hehehe. then, dia suruh aku Jangan Percaya Lelaki Sangat. kata mama, lelaki sekarang susah nak cari yang baik. lelaki sekarang dah tak macam dulu. ha, betol kata mama. cikgu saya pon ada cakap, Lelaki sekarang MATERIALISTIK. betoi dak aku eja? haha. daripada nasihat mama tu lah aku mula sedar yang aku nie bodoh menangis hanya kerana LELAKI. aik? sat aku, sat saya, apa kehe? anyway, saya berterima kasih sangat dekat mama sebab sedarkan saya daripada ajaran sesat ( menangis kerana lelaki ) . Alhamdulillah.

Okay, itulah cerita RM 5 saya. apa? tak best? tak yah like. tak minta simpati pon, werk. haha. dalam blog boleh ke like? macam bodoo ja. haha. kepada kepada Diva saya yang tadi saya call tu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mendengar suara saya yang tak berapa sodap macam Adele, dan terima kasih juga kerana sudi mendengar luahan hati saya yang jiwang karat nie. haha. 

No comments:

Post a Comment